Tuesday 4 September 2018

Minggu Siswazah

Assalamualaikum semua....

Finally, saya dah bergelar seorang mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan. Saya rasa sangat bersyukur sebab menjadi salah seorang yang terpilih untuk masuk ke UIAM. Okay, to be honest untuk entry kali ini, saya nak cerita mengenai kehidupan saya semasa hari Ta'aruf Week. Mesti korang tak tahu kan maksud dia apa. Tapi bagi pelajar UIAM, mesti dah tahu. Okay, Ta'aruf Week atau nama famous dia ialah "TAWE"merupakan minggu suai kenal pelajar UIAM. macam hari Orientasi lah.

TAWE memang sangat seronok even memenatkan. Kami TAWE selama 6 hari. Dalam tempoh masa tersebut, kami dapat banyak maklumat mengenai pelbagai benda. Apa yang menariknya TAWE ni adalah tiada percampuran antara lelaki dengan perempuan. Which is so perfect for me. Tak macam Uni lain, yang ada campur lelaki dan perempuan dan ada jugak yang suruh menari, betul tak? That's why I am proud to be chosen as IIUM student.

Unfortunately, sepanjang TAWE ni committee dia macam kelam kabut. Saya bukan nak banyak komen, tapi tak sistematik.Kenapa tak sistematik? sebab semua pelajar tak nak ikut cakap committee member. Kesian aku tengok dorang. Dahlah berapa orang je dalam setiap BIRO. Lepastu nak kena handle ramai gilerrrrrr. YAng paling saya geram, pelajar perempuan KETEGAQ sangat!! Salah seorang committee tu suruh berbaris nak ke Masjid, but dorang buat tak tahu je.

Okay, habis cerita tu. Kali ini saya nak cerita pasal apa aktiviti selama 6 hari tu. Kami tak banyak aktiviti sangat tapi kami diberi taklimat mengenai AMAD, STADD, Library, Counselling and Carrier, dan banyak lagi. 25 Ogos 2018, kamii semua dah kena daftar. LEpastu esoknya kena buat matriks card. Mula-mula rasa macam okay lagi, tapi berapa hari macamtu kami kena bangun awal untuk solat subuh berjemaah di Masjid UIAM. Seronok sebab dapat tengok sunrise depan mata.

Okay (cehhh banyak sangat okay), kali ni sis rasa seronok dan terhibur sebab saya berjumpa balik dengan kawan lama saya. Dekat sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri terutamanya. Saya jumpa ramai, Syafiqah, Marinidan Elma. Yang paling terujanya, mereka semua ingat saya lagi. hahahhaha Dorang kata muka saya tak berubah tapi badan saya semakin membesar. HAHAHAHAH

Tidak dilupakan jugak kawan STPM saya pon ada yang masuk IIUM jugak. tapi kos kami semua lain lain. Natasha kos BENL dan FAtin MALCOM. Fatin dia punya kos dekat UIA kampus PAgoh. SAya dengan Natasha punya kampus dekat Gombak je.

This is common thing. Kalau pelajar UIAM ni maybe dia kenal lah macam mana sistem di UIAM. Kalau pelajar yang Direct Intake, kami semua ken amenjalani test-test yang disuruh, seperti ENGLISH PLACEMENT TEST, ARABIC PLACEMENT TEST and FUNDAMENTAL KNOWLEDGE TEST. Kalau EPT, kena cukup syarat yang disuruh oleh kos masing-masing, baru dikira EXIT. TApi kalau tak lepas test tu korang kena belajar satu sem dekat CELPAD dulu, baru boleh masuk korang punya KULLIYYAH. Oh lupa nak bagitahu, kalau korang LEPAS ya baru boleh exit. Selagi tak lepas, korang kena tetap belajar dekat CELPAD sampai lepas. I think UNI lain tak ada pon buat macam ni HUHUHU..

By the way, korang pon akan menjalani TILAWAH PLACEMENT TEST. Test ni senang je. Macam baca Quran je. Ada dua baca Quran dan Hafazan. Kalau lepas Alhamdulillah... KAlau tak lepas korang kena pergi kela stilawah lah jawabnya. HAHAHAHHA

Setakat ni Alhamdulillah tak ada apa apa yang memeningkan kepala. kepada semua rakan rakan saya, All the best. Buat yang terbaik, banggakan parents korang. JAngan pernah putus asa. KAlau rasa nak ponteng kelas tu, ingat parents kat kampung. Dorang penat lelah cari rezeki nak kamu semua belajar. INGAT TU!!

Akhir kata, kalau boleh masa isi UPU tu, letaklah UIA as last option. hahahahha tak ada lah gurau je.
SAmpai sini sahaja coretan saya. Kalau tak sempurna, saya minta maaf sangat sangat.

Assalamualaikum guyss...
Your sincerely,
HUDA ASSYAKIRAH


Masa ni Bai'ah Ceremony
Kami kena pakai Baju Koprat


Masa TAWE kami kena pakai tudung putih



Tengah tunggu turn untuk amik Tilawah Placement Test


Dari kiri : Saya, Fatin dan Natasha 



Sunday 19 August 2018

Jamuan Makan di Taman Metropolitan Kepong

Assalamualaikum....

Pada hari Ahad bersamaan 19 Ogos 2018 kelas 6 Lestari 2016/2017 telah mengadakan hari berkumpul semula untuk membuat jamuan makan makan sebelum kami semua menjejakkan kaki ke Universiti masing masing. Tapi yang datang hanya 15 orang termasuk cikgu Akwa. Tidak mengapa walaupun yang lain tidak dapat hadir, diorang masih segar dalam hati, sebab diorang kan sebahagian daripada kelas 6 Lestari.

Terpancar wajah kegembiraan di setiap wajah mereka. Aku harap hari ini tersemat dalam hati korang. Kemungkinan hari ini merupakan hari yang terakhir kita dapat berkumpul bersama. Tapi kalau ada jodoh, kita boleh berkumpul lagi sekali satu kelas. Ada satu lagu yang sesuai untuk kita semua. Korang hadam maksud lagu ni.






Sebelum aku habiskan ucapan aku untuk hari ini, aku nak bagitahu pasal cerita lawak kat Taman Metropolitan tadi. hahahahahah... Aku ngan kawan aku naik basikal double. Dah dapat bsikal tu, kitorang pon main lah. Aku nak main sebab ingatkan basikal double dia macam dekat Taman Titiwangsa sebab sedap je naik dan kayuh. Tapi sumpah sangkaan aku meleset. hahahahah. 

First, sebab tempat duduk dia tajam, habis sakit pinggul aku. Lepastu payah giler nak kayuh. Ya Allah, memang ketar lutut nak naik lagi. Turun je dari basikal, aku dah rasa kaki aku longgar hahahahhaha. Kawan aku gelakkan aku. hahhahaah. Naik bukit tak payah cerita lah sebab memang payah lah nak kayuh hahahahah.

Tiba tiba macam nak belanja gambar kami dekat Taman Metropolitan tadi je. 



semua lelaki behave sebab perempuan cantik tangkapkan
HAHAHAHAH


Akhir kata, selamat berjaya kepada kalian semua di Uni masing masing. Apa yang penting jangan lupa solat. Solat tiang agama. Kalau tak ada tiang, macam mana nak bina bangunan kan? Ingat pesanan ni.

Bye....



Thursday 9 August 2018

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum warga blogger...

ingat tak lagi previous post saya?

yang pasal saya dapat cgpa untuk STPM, hari ini saya nak update keputusan UPU.
Alhamdulillah, saya dapat tawaran daripada UIAM.
saya tak sangka yang saya dapat tawaran. sebab saya sangka interview saya tak ada lah bagus sangat. tapi saya bersyukur sangat. detik ini lah yang paling saya tunggu tunggu. menjadi siswazah di salah satu IPTA.

Course yang bakal saya ambil ialah Bimbingan dan Kaunseling. saya rasa kos tersebut sukar untuk saya, tapi saya berjanji akan buat yang terbaik. rakan-rakan seperjuangan saya pun ramai yang dapat tawaran UPU.

kebanyakannya, ada yang dapat UKM , UM, UITM, UPSI dan UIAM serta UnisZA. saya rasa bangga dengan kawan-kawan saya. mereka yang banyak membantu saya bina semangat belajar. pupuk semangat kerjasama. walaupun mereka merupakan persaingan saya.

secara jujurnya, waktu pengumuman semakan keputusan UPU tempoh hari, saya check saya punya dulu. mula-mula berdebar-debar jugaklah.tapi saya tabahkan sebab perasaan ingin tahu tu, lebih kuat. hahahahahha. jadi saya check kat laman web upu. tapi tersekat sebab ramai yang guna web tu. jadi saya buat keputusan gila. saya cakap lagi sekali ni. G.I.L.A!!! saya pun mesej 15888. pastu dalam beberapa minit, mesej saya masuk. dengann perasaan nervous, saya tengok. mula-mula tengok tu, saya gembira sebab atas tu dia tulis TAHNIAH! baca yang tu je saya dah rasa gembira. TAPI,

bila saya baca je masuk UIAM, saya rasa macam a little bit down sebab benda yang saya harapkan tak dapat. Actually saya nak sangat masuk UPSI, tapi saya tak lepas ujian MEDsi haritu. Tapi, saya ingatkan saya dapat UM, kos kebudayaan bahasa melayu. tapi tak dapat. Tapi saya berfikir banyak kali, saya bersyukur sangat sebab dapat tawaran, kalau tak dapat, lagi lah saya keciwa hhahhahahah

tak sabarnya, tinggal beberapa hari je saya akan jadi siswi UIAM. saya kena daftar pada tanggal 25 Ogos 2018. doakan saya dapat teruskan urusan saya sebagai pelajar di UIAM.

terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mengajar saya dan rakan-rakan saya. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan. saya bangga menjadi anak murid cikgu-cikgu. segala kenangan manis dan pahit yang telah berlaku di dalam kelas 6 Atas Lestari, tidak akan kami lupakan. sebaliknya kami akan pahat dalam hati kami.

Insha-Allah, kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.
Kalian jangan lupakan saya ye. Kalau korang nak kahwin, jangan lupa jemput aku. Aku sentiasa pakai number phone yang sama, tak akan pernah tukar number phone. Kalau boleh, rajin-rajinlah tangan, whatsapp aku atau group kelas. nanti, takdelah awkward sangat bila jumpa.

sampai di sini sahaja coretan saya kali ini. Kalau saya ada perkara lain yang nak dikongsikan, saya akan luahkan dalam blog saya A.K.A Cik Diary saya hhahahahahha....

BYE...

Friday 16 March 2018

Permohonan UPU

assalamualaikum warga blogger,

pada tanggal keramat iaitu 6 Mac 2018, saya telah menerima keputusan STPM saya. Saya sangat sangat bersyukur kerana  CGPA saya 3.34 dan apa yang sangat bersyukur adalah kerana mata pelajaran Pengajian Am yang saya kata saya gagal tu, saya lulus dengan penuh. Alhamdulillah....

Betul lah orang kata, kalau nak lalui memang perit, tapi kalau kita sentiasa sabar terhadap ujian Allah, hasilnya pasti manis.

saya bersyukur sangat kerana cita-cita saya untuk memasuki salah satu universiti tempatan bakal tercapai. insya Allah kalau tiada aral melintang, saya akan apply UPSI untuk menjadi guru Bahasa Melayu.

doakan saya dan raka rakan seperjuangan saya dapat memasuki universiti kelak. kepada adik adik lepasan SPM 2017, jangan lah bersedih kerana keputusan anda tidak memuaskan atau bukan seperti yang anda harapkan, sebaliknya bersyukur setiap apa yang anda perolehi. keputusan SPM bukanlah penentu segalanya. mana tahu rezeki adik kat tempat lain ke? tuah masing-masing orang kata.

just like me dulu, masa SPM dapat 2A 2A- 4B+ 1B. tapi tak dapat tawaran mana-mana UPU pon. akak sedih lah jugak masa tu. Alhamdulillah mak saya telah bantu saya untuk masuk tingkatan enam. jadi saya pon belajar di SMK Gombak setia as a PreUniversity student.

Alhamdulillah keputusan saya okay, dan nak sambung belajar dah pon. jadi, kalau adik adik nak berjaya, kata kuncinya hanyalah, USAHA TANGGA KEJAYAAN,

kalau boleh, jangan belajar sorang-sorang nanti masuk universiti sorang -sorang jadi tak seronok. so, kalau boleh korang bantu membantu antara satu sama lain. semangat setia kawan perlu ada.

apa yang saya bangga sangat adalah disebabkan satu kelas 6 atas lestari mendapat 3.0 ke atas. im proud of you guys. berbaloi lah cikgu cikgu berpenat lelah untuk you guys.

kepada yang nak tahu subjek apa yang saya amik masa STPM, saya amik subjek BM, SEJ, GEO, dan Pengajian Am adalah wajib amik.

thats all from today, hope u guys doakan saya dapat masuk U lepas ini.

XOXO
huda

Saturday 17 February 2018

Brand New Season

Assalamualaikum warga blogger,

masihkah kau ingat, masihkah kau ingat...
menjelang bulan Februari 2018 ini, saya dah tahu semua keputusan STPM saya. saya dah pun kira markah saya mengikut wajaran yang telah ditetapkan oleh MPM. setelah menghitung semua keputusan, saya sedar satu sahaja. bahawa saya tak pasti akan masuk Universiti atau tidak. saya rasa terkilan kejap sebab keputusan subjek Pengajian Am saya sangat teruk. apa-apa pun saya minta jasa baik anda semua untuk doa yang baik baik untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan saya.

kalau ada rezeki, InsyaAllah saya akan sambung belajar dalam bidang Bahasa Melayu di UPSI. pada awalnya, saya memang tidak tetap pendirian. saya tak tahu cita-cita saya dan minat saya. tetapi bila saya sudah pasti akan keputusan STPM yang saya perolehi, saya ingin belajar lebih lanjut dalam bidang Bahasa Melayu.

sebenarnya dalam proses nak dapat keseluruhan markah STPM ni, saya ada kisah atau derita yang saya lalui. nak kongsi tapi segan. tapi nak cerita jugak. sebenarnya saya sedih jugak apabila dapat gred gagal dalam pengajian am penggal . masa tu, perasaan saya macam nak putus asa semua benda. tak nak fikir benda lain, apa yang saya fikir hanyalah nak bunuh diri. sebab depression dah mula menyelubungiku. tapi terima kasih kepada rakan-rakan saya yang tak pernah putus memberi sokongan. saya rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan rakan-rakan yang baik hati dan banyak bagi sokongan pada saya. saya mula berfikir positif " mungkin aku boleh buat macam apa yang kawan kawan aku fikir". oleh itu, saya tunggu keputusan ulangan STPM penggal 1 & 2. keluar je keputusan, saya tak gembira jugak sebab keputusan jatuh terduduk , tersungkur dan macam macam lagi.

jadi saya fikir cara macam mana nak buat saya rasa sedap hati. jadi, saya cari cara nak kira keseluruhan markah STPM. saya pun cari lah dekat 'MR GOOGLE'. cari punya cari. pastu akhirnya aku jumpa cara nak kira. aku pun kira markah semua subjek. aku campur semua subjek, aku hanya dapat 3.2 untuk keseluruhan markah STPM ni. aku gembira lah jugak. balik bagitahu keluarga aku termasuk, ayahku. tapi, ayah aku tak gembira, malahan dia marah aku lagi sebab Pengajian Am tak lulus. "kalau 3.2 pun, tapi Pengajian Am tak lulus dapat ke masuk Universiti?" ni ayat ayah aku yang paling aku ingat. memang sangat sakit hati masa tu. aku terus naik atas masuk bilik dan kunci pintu.

aku sedih. aku rasa tak ada siapa dah disisiku disaat aku perlukan seseorang. aku mesej mak aku. luahkan segala ketidakpuasan hati aku kat mak aku melalui whatsapp. pastu mak aku tenangkan aku. tapi aku rasa tak semangat dah macam biasa. satu hari aku berkurung dalam bilik. kesal dengan ayat ayah aku tu. tapi aku cubab fikir positif. maybe tu cara abah cabar aku. sampai hari ni aku masih takut keputusan aku. takut masa depan aku. takut semuanya.

masa aku kurung diri aku dalam bilik tu, aku terasa perasaan aku macam lagu BTS Whalien 52. lagu ni pasal ikan paus yang kesepian. dia jerit atau teriak sekuat mana pun, takde orang paham signal yang dia bagi. takde orang dengar. korang boleh buka video kat atas tu. ada translation sekali. dah berapa kali aku dengar lagu ni, tapi masih menangis saat lagu ni dimainkan. bukannya apa, tapi lagu ni macam sangat sangat faham perasaan aku.

whale + alienated (disisihkan) 52 hertz (bunyi ikan paus)

Friday 12 January 2018

My Dearest Friend

assalamualaikum semua warga blogger,

sudah berapa lama saya tidak update blog saya. hari ni saya Huda ingin mengucapkan selamat tahun baru. ya seperti yang anda semua tahu, saya sudah habis STPM dan sudah melangkah keluar dari SMK gombak Setia, tapi tidak bermakna saya sudah lupakan kenangan manis dan pahit di situ. apa yang saya ingin katakan pada hari ini ialah KAWAN atau SAHABAT.

pada anda sahabat dan kawan adalah satu perkataan yang ejaannya berbeza, namun mempunyai maksud yang sama, iaitu merujuk kepada seseorang yang rapat dengan orang lain kerana mempunyai talian persahabatan.

namun begitu, pada pendapat saya sahabat dan kawan tidak jauh seperti adik beradik kita. sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa berada disamping kita sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang. sahabat juga setia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh kita. sentiasa sokong apa apa yang dilakukan olehnya. dan yang paling penting nasihat kita ke arah yang lebih baik.

hargai lah sahabat-sahabat anda. saya berharap agar persahabatan yang kita jalinkan adalah sebuah persahabatan yang cukup indah dan kita berkawan kerana Allah. semoga sentiasa sihat rakan-rakanku. jaga kesihatan anggota yang telah diamanahkan olehNya.

itu sahaja yang saya ingin bincangkan. terima kasih..
assalamualaikum...

Monday 28 August 2017

My Future Life

Assalamualaikum...

lahirnya seorang hamba Allah yang bernama Wahida binti Abd Wahid ke bumi telah merancakkan lagi cita-citaku untuk menjadi seorang pengkaji bahasa Melayu. pada awalnya, aku tidak mahu menyambung pengajianku mengenai bahasa. namun begitu, aku sedar sesuatu bahawa aku punya kekuatan bukan pada sejarah, geografi sama sekali tidak buat mata pelajaran Pengajian Am. jadi, aku hanya ada subjek Bahasa Melayu sahaja untuk aku bersandar. 

puan Wahida merupakan idolaku. kaedah pembelajaran yang beliau gunakan untuk mengajar anak-anak murid amat unik. ya, aku mengaku bahawa setiap yang beliau perkatakan ada hikmahnya. walaupun, Puan Wahida tegas dan garang orangnya, namun beliau juga merupakan seorang guru yang sayang akan anak-anak muridnya. aku juga banyak berkongsi masalah bersama dengannya.

kerana teknik pembelajaran yang diajar beliau, aku kini berminat untuk menyambung pengajianku ke UM dalam aliran Bahasa Melayu. tidak pasti rezkiku di mana, namun aku bersyukur sekiranya aku dapat masuk ke mana-mana universiti sekalipun.

kini, 
aku terasa sebak di dada kerana lebih kurang 4 bulan sahaja lagi, aku dan anak-anak kelas 6 Lestari akan melangkah keluar dari SMK Gombak Setia....
aku berharap agar perkenalan kita semua tidak sampai ke noktah yang terakhir.

aku berharap agar hubungan antara anak-anak kelas 6 Lestari akan sentiasa kekal diingatan. juga hubungan dengan para guru akan sentiasa aku kunci agar tiada siapa dapat buka kunci tersebut. 


 Wassalam...