Tuesday 5 February 2013

Assalamualaikum kepada semua blogger :)

Hari ni di sekolah ada sedikit perubahan bagi budak Form 3.Sebab ada rombakan kelas.Keramaian yang turun kelas adalah murid dari kelas RK1 hingga kelas KAA2.Bagi kelas saya tiada siapa yang turun dan tiada murid kelas lain yang masuk.

Hari ini juga dalam kelas saya telah berlaku satu perubahan iaitu kedudukan kelas.Guru kelas saya telah bercadang bahawa perempuan dan lelaki akan dipisahkan kepada dua baris meja.Sepatutnya lelaki di hadapan dan perempuan di belakang,kan?Tetapi kelas saya ramai lelaki.Nak tahu tak berapa?25  orang.Perempuan sikit je.Itulah sebabnya.Cikgu kata lagi, dia kesian kan kat budak perempuan kerana duduk kat belakang :( Saya rasa sangat puas hati dekat tempat duduk baru saya :)

Saya harap tak ada apa-apa lagi masalah dengan tempat duduk.Hah, lagi satu Cikgu ada kata kalau ada lagi budak atau cikgu lain yang complain pasal tempat duduk,cikgu nak letak lelaki dengan perempuan sama-sama bagi lelaki tak bising sangat.

Okaylah,sampai sini sahaja.Maaflah kalau ada terkasar bahasa.Assalamualaikum :)

Sunday 3 February 2013

Keputusan Rombakan Kelas

Assalamualaikum kepada semua blogger...
 Keputusan rombakan kelas telah pun diumumkan.saya berasa amat gembira sebab masih kelas yang sama lagi :)saya harap saya akan kekal sampai bila-bila.Rakan-rakan saya terselamat juga.Seorang sahaja yang turun kelas,iatu budak lelaki yang baru masuk bulan Januari.

Blog saya tidak menarik tapi saya akan membuatkan ia menarik sebab cerita-cerita yang saya tulis.Blog saya ni akan saya tulis mengikut kehidupan yang saya lalui :)  Wassalamualaikum....

Rombakan Kelas :(

Hari Isnin(4/2/2013) cikgu akan bagi information pasal siapa yang kena turun kelas.cikgu kata tak lebih daripada 5 orang yang kena turun kelas.saya takut saya akan di turunkan kelas :( ok lah kalau ada apa-apa saya akan bagi tahu berita pasal cerita ni.berdebar-debar rasa jantung ni.saya harap blogger kat luar sana  sokong atau support saya :) Terima kasih sangat-sangat...

Saturday 2 February 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kepada semua blogger yang sedang membaca blog saya :)

Nama saya Huda.Saya bersekolah di SMK Bandar Tasik Puteri.Saya adalah calon pelajar PMR tahun ni.(2013).Saya tak tahulah macam mana nak introduce diri saya.Yang pasti benda yang penting saya dah kongsikan :)

Minta maaflah kalau blog saya tak seberapa sangat.