Friday 12 January 2018

My Dearest Friend

assalamualaikum semua warga blogger,

sudah berapa lama saya tidak update blog saya. hari ni saya Huda ingin mengucapkan selamat tahun baru. ya seperti yang anda semua tahu, saya sudah habis STPM dan sudah melangkah keluar dari SMK gombak Setia, tapi tidak bermakna saya sudah lupakan kenangan manis dan pahit di situ. apa yang saya ingin katakan pada hari ini ialah KAWAN atau SAHABAT.

pada anda sahabat dan kawan adalah satu perkataan yang ejaannya berbeza, namun mempunyai maksud yang sama, iaitu merujuk kepada seseorang yang rapat dengan orang lain kerana mempunyai talian persahabatan.

namun begitu, pada pendapat saya sahabat dan kawan tidak jauh seperti adik beradik kita. sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa berada disamping kita sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang. sahabat juga setia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh kita. sentiasa sokong apa apa yang dilakukan olehnya. dan yang paling penting nasihat kita ke arah yang lebih baik.

hargai lah sahabat-sahabat anda. saya berharap agar persahabatan yang kita jalinkan adalah sebuah persahabatan yang cukup indah dan kita berkawan kerana Allah. semoga sentiasa sihat rakan-rakanku. jaga kesihatan anggota yang telah diamanahkan olehNya.

itu sahaja yang saya ingin bincangkan. terima kasih..
assalamualaikum...