Friday 16 March 2018

Permohonan UPU

assalamualaikum warga blogger,

pada tanggal keramat iaitu 6 Mac 2018, saya telah menerima keputusan STPM saya. Saya sangat sangat bersyukur kerana  CGPA saya 3.34 dan apa yang sangat bersyukur adalah kerana mata pelajaran Pengajian Am yang saya kata saya gagal tu, saya lulus dengan penuh. Alhamdulillah....

Betul lah orang kata, kalau nak lalui memang perit, tapi kalau kita sentiasa sabar terhadap ujian Allah, hasilnya pasti manis.

saya bersyukur sangat kerana cita-cita saya untuk memasuki salah satu universiti tempatan bakal tercapai. insya Allah kalau tiada aral melintang, saya akan apply UPSI untuk menjadi guru Bahasa Melayu.

doakan saya dan raka rakan seperjuangan saya dapat memasuki universiti kelak. kepada adik adik lepasan SPM 2017, jangan lah bersedih kerana keputusan anda tidak memuaskan atau bukan seperti yang anda harapkan, sebaliknya bersyukur setiap apa yang anda perolehi. keputusan SPM bukanlah penentu segalanya. mana tahu rezeki adik kat tempat lain ke? tuah masing-masing orang kata.

just like me dulu, masa SPM dapat 2A 2A- 4B+ 1B. tapi tak dapat tawaran mana-mana UPU pon. akak sedih lah jugak masa tu. Alhamdulillah mak saya telah bantu saya untuk masuk tingkatan enam. jadi saya pon belajar di SMK Gombak setia as a PreUniversity student.

Alhamdulillah keputusan saya okay, dan nak sambung belajar dah pon. jadi, kalau adik adik nak berjaya, kata kuncinya hanyalah, USAHA TANGGA KEJAYAAN,

kalau boleh, jangan belajar sorang-sorang nanti masuk universiti sorang -sorang jadi tak seronok. so, kalau boleh korang bantu membantu antara satu sama lain. semangat setia kawan perlu ada.

apa yang saya bangga sangat adalah disebabkan satu kelas 6 atas lestari mendapat 3.0 ke atas. im proud of you guys. berbaloi lah cikgu cikgu berpenat lelah untuk you guys.

kepada yang nak tahu subjek apa yang saya amik masa STPM, saya amik subjek BM, SEJ, GEO, dan Pengajian Am adalah wajib amik.

thats all from today, hope u guys doakan saya dapat masuk U lepas ini.

XOXO
huda

No comments:

Post a Comment