Sunday 19 August 2018

Jamuan Makan di Taman Metropolitan Kepong

Assalamualaikum....

Pada hari Ahad bersamaan 19 Ogos 2018 kelas 6 Lestari 2016/2017 telah mengadakan hari berkumpul semula untuk membuat jamuan makan makan sebelum kami semua menjejakkan kaki ke Universiti masing masing. Tapi yang datang hanya 15 orang termasuk cikgu Akwa. Tidak mengapa walaupun yang lain tidak dapat hadir, diorang masih segar dalam hati, sebab diorang kan sebahagian daripada kelas 6 Lestari.

Terpancar wajah kegembiraan di setiap wajah mereka. Aku harap hari ini tersemat dalam hati korang. Kemungkinan hari ini merupakan hari yang terakhir kita dapat berkumpul bersama. Tapi kalau ada jodoh, kita boleh berkumpul lagi sekali satu kelas. Ada satu lagu yang sesuai untuk kita semua. Korang hadam maksud lagu ni.






Sebelum aku habiskan ucapan aku untuk hari ini, aku nak bagitahu pasal cerita lawak kat Taman Metropolitan tadi. hahahahahah... Aku ngan kawan aku naik basikal double. Dah dapat bsikal tu, kitorang pon main lah. Aku nak main sebab ingatkan basikal double dia macam dekat Taman Titiwangsa sebab sedap je naik dan kayuh. Tapi sumpah sangkaan aku meleset. hahahahah. 

First, sebab tempat duduk dia tajam, habis sakit pinggul aku. Lepastu payah giler nak kayuh. Ya Allah, memang ketar lutut nak naik lagi. Turun je dari basikal, aku dah rasa kaki aku longgar hahahahhaha. Kawan aku gelakkan aku. hahhahaah. Naik bukit tak payah cerita lah sebab memang payah lah nak kayuh hahahahah.

Tiba tiba macam nak belanja gambar kami dekat Taman Metropolitan tadi je. 



semua lelaki behave sebab perempuan cantik tangkapkan
HAHAHAHAH


Akhir kata, selamat berjaya kepada kalian semua di Uni masing masing. Apa yang penting jangan lupa solat. Solat tiang agama. Kalau tak ada tiang, macam mana nak bina bangunan kan? Ingat pesanan ni.

Bye....



Thursday 9 August 2018

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum warga blogger...

ingat tak lagi previous post saya?

yang pasal saya dapat cgpa untuk STPM, hari ini saya nak update keputusan UPU.
Alhamdulillah, saya dapat tawaran daripada UIAM.
saya tak sangka yang saya dapat tawaran. sebab saya sangka interview saya tak ada lah bagus sangat. tapi saya bersyukur sangat. detik ini lah yang paling saya tunggu tunggu. menjadi siswazah di salah satu IPTA.

Course yang bakal saya ambil ialah Bimbingan dan Kaunseling. saya rasa kos tersebut sukar untuk saya, tapi saya berjanji akan buat yang terbaik. rakan-rakan seperjuangan saya pun ramai yang dapat tawaran UPU.

kebanyakannya, ada yang dapat UKM , UM, UITM, UPSI dan UIAM serta UnisZA. saya rasa bangga dengan kawan-kawan saya. mereka yang banyak membantu saya bina semangat belajar. pupuk semangat kerjasama. walaupun mereka merupakan persaingan saya.

secara jujurnya, waktu pengumuman semakan keputusan UPU tempoh hari, saya check saya punya dulu. mula-mula berdebar-debar jugaklah.tapi saya tabahkan sebab perasaan ingin tahu tu, lebih kuat. hahahahahha. jadi saya check kat laman web upu. tapi tersekat sebab ramai yang guna web tu. jadi saya buat keputusan gila. saya cakap lagi sekali ni. G.I.L.A!!! saya pun mesej 15888. pastu dalam beberapa minit, mesej saya masuk. dengann perasaan nervous, saya tengok. mula-mula tengok tu, saya gembira sebab atas tu dia tulis TAHNIAH! baca yang tu je saya dah rasa gembira. TAPI,

bila saya baca je masuk UIAM, saya rasa macam a little bit down sebab benda yang saya harapkan tak dapat. Actually saya nak sangat masuk UPSI, tapi saya tak lepas ujian MEDsi haritu. Tapi, saya ingatkan saya dapat UM, kos kebudayaan bahasa melayu. tapi tak dapat. Tapi saya berfikir banyak kali, saya bersyukur sangat sebab dapat tawaran, kalau tak dapat, lagi lah saya keciwa hhahhahahah

tak sabarnya, tinggal beberapa hari je saya akan jadi siswi UIAM. saya kena daftar pada tanggal 25 Ogos 2018. doakan saya dapat teruskan urusan saya sebagai pelajar di UIAM.

terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mengajar saya dan rakan-rakan saya. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan. saya bangga menjadi anak murid cikgu-cikgu. segala kenangan manis dan pahit yang telah berlaku di dalam kelas 6 Atas Lestari, tidak akan kami lupakan. sebaliknya kami akan pahat dalam hati kami.

Insha-Allah, kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.
Kalian jangan lupakan saya ye. Kalau korang nak kahwin, jangan lupa jemput aku. Aku sentiasa pakai number phone yang sama, tak akan pernah tukar number phone. Kalau boleh, rajin-rajinlah tangan, whatsapp aku atau group kelas. nanti, takdelah awkward sangat bila jumpa.

sampai di sini sahaja coretan saya kali ini. Kalau saya ada perkara lain yang nak dikongsikan, saya akan luahkan dalam blog saya A.K.A Cik Diary saya hhahahahahha....

BYE...