Saturday 17 February 2018

Brand New Season

Assalamualaikum warga blogger,

masihkah kau ingat, masihkah kau ingat...
menjelang bulan Februari 2018 ini, saya dah tahu semua keputusan STPM saya. saya dah pun kira markah saya mengikut wajaran yang telah ditetapkan oleh MPM. setelah menghitung semua keputusan, saya sedar satu sahaja. bahawa saya tak pasti akan masuk Universiti atau tidak. saya rasa terkilan kejap sebab keputusan subjek Pengajian Am saya sangat teruk. apa-apa pun saya minta jasa baik anda semua untuk doa yang baik baik untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan saya.

kalau ada rezeki, InsyaAllah saya akan sambung belajar dalam bidang Bahasa Melayu di UPSI. pada awalnya, saya memang tidak tetap pendirian. saya tak tahu cita-cita saya dan minat saya. tetapi bila saya sudah pasti akan keputusan STPM yang saya perolehi, saya ingin belajar lebih lanjut dalam bidang Bahasa Melayu.

sebenarnya dalam proses nak dapat keseluruhan markah STPM ni, saya ada kisah atau derita yang saya lalui. nak kongsi tapi segan. tapi nak cerita jugak. sebenarnya saya sedih jugak apabila dapat gred gagal dalam pengajian am penggal . masa tu, perasaan saya macam nak putus asa semua benda. tak nak fikir benda lain, apa yang saya fikir hanyalah nak bunuh diri. sebab depression dah mula menyelubungiku. tapi terima kasih kepada rakan-rakan saya yang tak pernah putus memberi sokongan. saya rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan rakan-rakan yang baik hati dan banyak bagi sokongan pada saya. saya mula berfikir positif " mungkin aku boleh buat macam apa yang kawan kawan aku fikir". oleh itu, saya tunggu keputusan ulangan STPM penggal 1 & 2. keluar je keputusan, saya tak gembira jugak sebab keputusan jatuh terduduk , tersungkur dan macam macam lagi.

jadi saya fikir cara macam mana nak buat saya rasa sedap hati. jadi, saya cari cara nak kira keseluruhan markah STPM. saya pun cari lah dekat 'MR GOOGLE'. cari punya cari. pastu akhirnya aku jumpa cara nak kira. aku pun kira markah semua subjek. aku campur semua subjek, aku hanya dapat 3.2 untuk keseluruhan markah STPM ni. aku gembira lah jugak. balik bagitahu keluarga aku termasuk, ayahku. tapi, ayah aku tak gembira, malahan dia marah aku lagi sebab Pengajian Am tak lulus. "kalau 3.2 pun, tapi Pengajian Am tak lulus dapat ke masuk Universiti?" ni ayat ayah aku yang paling aku ingat. memang sangat sakit hati masa tu. aku terus naik atas masuk bilik dan kunci pintu.

aku sedih. aku rasa tak ada siapa dah disisiku disaat aku perlukan seseorang. aku mesej mak aku. luahkan segala ketidakpuasan hati aku kat mak aku melalui whatsapp. pastu mak aku tenangkan aku. tapi aku rasa tak semangat dah macam biasa. satu hari aku berkurung dalam bilik. kesal dengan ayat ayah aku tu. tapi aku cubab fikir positif. maybe tu cara abah cabar aku. sampai hari ni aku masih takut keputusan aku. takut masa depan aku. takut semuanya.

masa aku kurung diri aku dalam bilik tu, aku terasa perasaan aku macam lagu BTS Whalien 52. lagu ni pasal ikan paus yang kesepian. dia jerit atau teriak sekuat mana pun, takde orang paham signal yang dia bagi. takde orang dengar. korang boleh buka video kat atas tu. ada translation sekali. dah berapa kali aku dengar lagu ni, tapi masih menangis saat lagu ni dimainkan. bukannya apa, tapi lagu ni macam sangat sangat faham perasaan aku.

whale + alienated (disisihkan) 52 hertz (bunyi ikan paus)

No comments:

Post a Comment