Monday 28 August 2017

My Future Life

Assalamualaikum...

lahirnya seorang hamba Allah yang bernama Wahida binti Abd Wahid ke bumi telah merancakkan lagi cita-citaku untuk menjadi seorang pengkaji bahasa Melayu. pada awalnya, aku tidak mahu menyambung pengajianku mengenai bahasa. namun begitu, aku sedar sesuatu bahawa aku punya kekuatan bukan pada sejarah, geografi sama sekali tidak buat mata pelajaran Pengajian Am. jadi, aku hanya ada subjek Bahasa Melayu sahaja untuk aku bersandar. 

puan Wahida merupakan idolaku. kaedah pembelajaran yang beliau gunakan untuk mengajar anak-anak murid amat unik. ya, aku mengaku bahawa setiap yang beliau perkatakan ada hikmahnya. walaupun, Puan Wahida tegas dan garang orangnya, namun beliau juga merupakan seorang guru yang sayang akan anak-anak muridnya. aku juga banyak berkongsi masalah bersama dengannya.

kerana teknik pembelajaran yang diajar beliau, aku kini berminat untuk menyambung pengajianku ke UM dalam aliran Bahasa Melayu. tidak pasti rezkiku di mana, namun aku bersyukur sekiranya aku dapat masuk ke mana-mana universiti sekalipun.

kini, 
aku terasa sebak di dada kerana lebih kurang 4 bulan sahaja lagi, aku dan anak-anak kelas 6 Lestari akan melangkah keluar dari SMK Gombak Setia....
aku berharap agar perkenalan kita semua tidak sampai ke noktah yang terakhir.

aku berharap agar hubungan antara anak-anak kelas 6 Lestari akan sentiasa kekal diingatan. juga hubungan dengan para guru akan sentiasa aku kunci agar tiada siapa dapat buka kunci tersebut. 


 Wassalam...

No comments:

Post a Comment