Thursday 5 September 2013

Persediaan Menjelang PMR

Asslamualaikum.......
sebagai calon PMR, saya telah membuat beberapa persediaan. antaranya ialah memperbanyakkan beribadat kepada Allah. amalan sunat dan mengaji. pada awalnya aku jarang penuhkan solat aku, sebab aku rase sangat-sangat berat tulang. tapi, bila ada seorang pakar motivasi yang bernama, EN. OSMAN B. AFFAN, aku bercita-cita untuk mengubah diriku.

cikgu ni telah memberi motivasi yang berkesan. pada mulanya kami berfikir yang motivasi biasanya membosankan dan mengantuk. tapi bila dia memberi motivasi kitorang rasa bagaikan bukan motivasi. seolah-olah satu permainan dan benda yang tak serius. sampai satu ketika kitorang tak sedar waktu rehat.
bila cikgu tu cakap masa untuk balik, kitorang macam tak sedar dah balik tak ngantuk langsung. hebat. first time dalam hidup aku berlaku benda ni. kitorang siap ketawa terbahak-bahak.

lagisatu, aku nak cakap sangat dengan cikgu tusyen aku. dia selalu macam tukar jadual tusyen kitorang. aku tak suka la. kitorang dah la nak periksa dah. waktu aku boleh asyik dibatalkan je. tapi, time aku tak boleh dia kata ade. tapi bukan selalu la. cuma aku harap dia tu tak tukar dah jadual tusyen kitorang.


aku suka sangat dengar lagu korea bila nak buat latihan PMR past year. bukannya apa, aku cuma dah terbiasa aku nak ubah perangai aku. aku tak nak jadi kan ia sebagai tabiat aku. aku tahu aku boleh fokus bila dengar lagu tu, cuma aku tak nak lah kan bila aku nak amik PMR nanti tak boleh fokus. sebab kita mana boleh dengar lagu waktu jawab periksa betol tak?


untuk pengetahuan anda semua, serta untuk peringatan buat saya PMR ada dalam 3 minggu lagi tak pun kurang dari dua minggu lagi. aku target 7A tapi dalam tangan masih lagi 8A. tapi apa apa pon aku masih tak lupa nasihat ibu bapa aku dan EN. OSMAN B. AFFAN.


setakat ni je yang saya sempat tulis . semoga apa yang saya lakukan ini tak jadi sia-sia ^.^