Wednesday, 21 August 2013

sedih sangat sangat....

tahun ni punya periksa aku tak pernah dapat markah yang teruk tapi sekarang markah aku menghampakan aku. waktu ujian pertama aku dapat 1A5B1C dan 1D. Tuaku rase ok lagi sebab ade satu A. tu pun Math. bila naik periksa pertengahan tahun, aku lagi suka sebab keputusan aku sama macam dulu tapi tak de D dan C satu je tu pun Geo la. tapi sekarang trial PMR, aku rase A tak ade langsung. sedih betol lah. dah lah periksa percubaan ni lah yang menuntukan kita nak masuk sekolah mana. tu pun bagi sesiapa yang nak pindah ke sekolah yang lain la.

aku takut lah nak cerita kat mak ngan bapa aku. tapi yang penting semua markah aku meningkat. sikit jer lah. BI aku lemah sesangat.dari B turun ke C. aku tak tahu ape sebabnya. aku tak adeidea kot. Maybe.... by the way, kengkawan aku pon kate dorang banyak yang down. kalo dorang da down aku apetah lagikan...

tapi sains ngan math aku ok lah. dua dua B. math 72,sains 68. sejarah pon aku meningkat. B cukup2 makan. tapi aku berdoa agar PMR aku nanti aku dapat "8A". Aminnnnnnn........

INSYA ALLAH.........

Tuesday, 20 August 2013

Peperiksaan percubaan PMR

Assalamualaikum....
sorry to all blogger. saya dah lama tak update blog saya.

saya nak cerita aritu kan PMR trial kan? aku dapat takat ni 2band1c. 
matematik ngan bm aku dapat b. geo lak aq dapat c.
kecewa btol aq ngan markah aq :)   sob sob sob......

Monday, 25 March 2013

Ujian Bulan Mac

assalamualaikum kepada blogger di luar sana...
saya dah lama tak update cerita berkenaan saya.

hari ni saya nak bagi tahu cerita baru. korang kan tahu yang 2 minggu lepas ade ujian bulan mac. saya gembira sebab dapat satu A,tapi saya sedih sebab ade satu D. tadi saya baru check yang saya dapat no. 17 dalam kelas. saya rasa gembira sangat. tapi mak saya kata jangan terlalu gembira sebab PMR tak lepas lagi. saya cuma perlu dekatkan diri saya pada Allah dan sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapa saya. saya harap saya dpat A dalam semua mata pelajaran. Amin........

Tuesday, 5 February 2013

Assalamualaikum kepada semua blogger :)

Hari ni di sekolah ada sedikit perubahan bagi budak Form 3.Sebab ada rombakan kelas.Keramaian yang turun kelas adalah murid dari kelas RK1 hingga kelas KAA2.Bagi kelas saya tiada siapa yang turun dan tiada murid kelas lain yang masuk.

Hari ini juga dalam kelas saya telah berlaku satu perubahan iaitu kedudukan kelas.Guru kelas saya telah bercadang bahawa perempuan dan lelaki akan dipisahkan kepada dua baris meja.Sepatutnya lelaki di hadapan dan perempuan di belakang,kan?Tetapi kelas saya ramai lelaki.Nak tahu tak berapa?25  orang.Perempuan sikit je.Itulah sebabnya.Cikgu kata lagi, dia kesian kan kat budak perempuan kerana duduk kat belakang :( Saya rasa sangat puas hati dekat tempat duduk baru saya :)

Saya harap tak ada apa-apa lagi masalah dengan tempat duduk.Hah, lagi satu Cikgu ada kata kalau ada lagi budak atau cikgu lain yang complain pasal tempat duduk,cikgu nak letak lelaki dengan perempuan sama-sama bagi lelaki tak bising sangat.

Okaylah,sampai sini sahaja.Maaflah kalau ada terkasar bahasa.Assalamualaikum :)

Sunday, 3 February 2013

Keputusan Rombakan Kelas

Assalamualaikum kepada semua blogger...
 Keputusan rombakan kelas telah pun diumumkan.saya berasa amat gembira sebab masih kelas yang sama lagi :)saya harap saya akan kekal sampai bila-bila.Rakan-rakan saya terselamat juga.Seorang sahaja yang turun kelas,iatu budak lelaki yang baru masuk bulan Januari.

Blog saya tidak menarik tapi saya akan membuatkan ia menarik sebab cerita-cerita yang saya tulis.Blog saya ni akan saya tulis mengikut kehidupan yang saya lalui :)  Wassalamualaikum....

Rombakan Kelas :(

Hari Isnin(4/2/2013) cikgu akan bagi information pasal siapa yang kena turun kelas.cikgu kata tak lebih daripada 5 orang yang kena turun kelas.saya takut saya akan di turunkan kelas :( ok lah kalau ada apa-apa saya akan bagi tahu berita pasal cerita ni.berdebar-debar rasa jantung ni.saya harap blogger kat luar sana  sokong atau support saya :) Terima kasih sangat-sangat...

Saturday, 2 February 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kepada semua blogger yang sedang membaca blog saya :)

Nama saya Huda.Saya bersekolah di SMK Bandar Tasik Puteri.Saya adalah calon pelajar PMR tahun ni.(2013).Saya tak tahulah macam mana nak introduce diri saya.Yang pasti benda yang penting saya dah kongsikan :)

Minta maaflah kalau blog saya tak seberapa sangat.