Tuesday, 5 February 2013

Assalamualaikum kepada semua blogger :)

Hari ni di sekolah ada sedikit perubahan bagi budak Form 3.Sebab ada rombakan kelas.Keramaian yang turun kelas adalah murid dari kelas RK1 hingga kelas KAA2.Bagi kelas saya tiada siapa yang turun dan tiada murid kelas lain yang masuk.

Hari ini juga dalam kelas saya telah berlaku satu perubahan iaitu kedudukan kelas.Guru kelas saya telah bercadang bahawa perempuan dan lelaki akan dipisahkan kepada dua baris meja.Sepatutnya lelaki di hadapan dan perempuan di belakang,kan?Tetapi kelas saya ramai lelaki.Nak tahu tak berapa?25  orang.Perempuan sikit je.Itulah sebabnya.Cikgu kata lagi, dia kesian kan kat budak perempuan kerana duduk kat belakang :( Saya rasa sangat puas hati dekat tempat duduk baru saya :)

Saya harap tak ada apa-apa lagi masalah dengan tempat duduk.Hah, lagi satu Cikgu ada kata kalau ada lagi budak atau cikgu lain yang complain pasal tempat duduk,cikgu nak letak lelaki dengan perempuan sama-sama bagi lelaki tak bising sangat.

Okaylah,sampai sini sahaja.Maaflah kalau ada terkasar bahasa.Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment